Teks
juga memainkan peranan untuk membentuk sesuatu perkataan dan perenggan bagi
tujuan berkomunikasi, menyampaikan ide dan fakta dalam apa jua tujuan. Dalam
penghasilan produk multimedia, teks memainkan peranan amat penting untuk
menerangkan bagaimanakah aplikasi yang dihasilkan berfungsi, panduan kepada
pengguna untuk melayari aplikasi tersebut, dan menghantar maklumat pada
aplikasi yang telah direkabentuk. Teknologi teks pada asasnya banyak dgunakan
dalam sistem multimedia. Bagaimanakah teks tersebut dibangunkan dan
dikemaskini, bagaimana ia disimpan dan bagaimana ia digunakan untuk
pembangunan. Pada tajuk ini akan menerangkan ciri-ciri teks, dan bagaimana ia
disimpan dalam produk multimedia.
Penggunaan Teks dalam Aplikasi Multimedia
Dalam sistem komputer, teks selalunya digunakan bagi
menghantar maklumat dan untuk kegunaan antaramuka pengguna. Kini, sistem komputer
adalah berasaskan antaramuka grafik pengguna (GUI), namun teks masih lagi
sebagai mekanisma utama untuk penerangan, menu dan arahan kepada pengguna.
Walaupun produk multimedia mengandungi gambar, audio dan video tetapi ia masih
memerlukan teks untuk memantapkan lagi penyampaian. Teks digunakan dalam berbagai
tujuan.
- Memberi pengenalan kepada sesuatu objek seperti gambar atau label bagi program.
- Menghantar maklumat dalam bentuk penerangan helaian yang mengandungi sebahagian besar adalah teks.
- Membolehkan pengguna melayari aplikasi.
1. Label dan
Tajuk
Label biasanya digunakan sebagai tajuk window bar ataupun
sebagai mengenalpasti input teks bagi sesuatu sistem. Untuk mengenalpasti logo,
objek ataupun gambar, label diperlukan. Bukan saja dalam dunia komputer kita
perlu melabelkan atau memberi sesuatu tajuk kepada barang atau objek yang
hendak diperkenalkan kepada umum, malah ia telah menjadi satu kewajipan yang
measti ada. Label dan tajuk ini mestilah dalam bentuk ayat yang pendek dan
mudah difahami oleh pengguna. Ia bukanlah satu penerangan yang panjang perlu
dijelaskan bagi memperkenalkan objek, gambar atau logo yang telah dibangunkan
dalam aplikasi multimedia.
2. Navigasi dan
sokongan pengguna
Teks yang berasaskan kawalan dalam aplikasi multimedia adalah
mengandungi butang, senarai box, senarai drop-down dan menu window. Walaupun
terdapat operasi dalam aplikasi yang hanya perlu menggunakan tetikus iaitu
'klik' untuk melayari. Namun, ia masih memerlukan arahan untuk
"enter" pada papan kekunci selain menggunakan tetikus. Dalam
pembangunan objek multimedia, teks pada butang hendaklah jelas dan ringkas.
Pandangan yang kontra antara latarbelakang dan butang adalah sangat penting
untuk menghasilkan kawalan yang senang untuk dilihat dan digunakan.
Aplikasi multimedia banyak bergantung kepada penggunaan teks
dalam banyak aspek, termasuklah:
- Tajuk halaman
- Penerangan maklumat dalam bentuk perkataan atau perenggan.
- Melabelkan gambar
- Arahan untuk menjalankan operasi pada aplikasi.
Sumber:
Tidak ada komentar:
Posting Komentar